Saturday, May 16, 2009

Temu Ramah Pelajar Cemerlang SPM 2008

1. Apakah perasaan anda apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008?
2. Bagaimanakah anda membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan SPM 2008?
3. Apakah yang akan anda lakukan untuk menangani tekanan?
4. Apakah perancangan anda bagi masa hadapan anda? Melanjutkan pelajaran di Universiti? Tingkatan 6 atau kolej?
5. Apakah nasihat anda kepada bakal calon SPM 2009?


Cheow Hui Yee 5A6
1. Sangat gembira.
2. Sentiasa menumpu perhatian semasa guru mengajar dan buat ulang kaji.
3. Rehat ulangkaji membaca novel, mendengar muzik dan menonton TV.
4. Saya merancang untuk meneruskan pelajaran di Kolej.
5. Saya berharap agar calon SPM 2009 berusaha bersungguh-sungguh supaya boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Ho Tat Hong 5A8
1. Saya berasa gembira kerana usaha yang saya curahkan selama ini sudah berbuah.
2. Sentiasa minta ajar daripada guru-guru dan membuat ulang kaji.
3. Saya akan tidur dan menonton television apabila menghadapi tekanan.
4. Saya mungkin akan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.
5. Sentiasa membuat persediaan sebelum menghadapi SPM.

Yap Yee Wvoon
1. Saya berasa gembira dan terharu.
2. Biasanya sebelum peperiksaan, saya akan mengulang kaji dan membuat banyak latihan untuk memantapkan ilmu saya.
3. Apabila mempunyai tekanan saya akan pergi ke kolam air untuk berenang untuk menangani tekanan.
4. Pada masa kini saya sedang mengambil khusus American Degree Transfer Program di HELP universiti.
5. Sediakan payung sebelum hujan. Try your best.


Ma Siew Yee
1. Sangat gembira.
2. Membuat jadual masa untuk membahagikan masa.
3. Menonton TV
4. Belum fikir lagi.
5. Berusaha bersungguh-sungguh.


Koh Khai Kent
1. Sudah pasti saya berasa gembira dan berbangga dengan pencapaian ini. Saya amat berterima kasih atas sokongan dan dorongan daripada semua guru, ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan tidak dilupakan adik-beradik saya yang menjadi sumber inspirasi kepada kejayaan ini.
2. Tidak ada rahsia / apa-apa ‘Ramuan Khas’ untuk berjaya. Persediaan itu hendaklah dimulakan sejak di tingkatan 4 lagi. Tanpa asas yang kukuh mustahil kita dapat membina sebuah empayar yang besar.
3. Saya pernah berjumpa dengan guru kaunseling apabila menghadapi tekanan. Jangan sesekali malu untuk meluahkan masalah yang dihadapi kerana ia hanya akan merumitkan lagi keadaan.
4. Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses memohon biasiswa. (JPA)
5. Saya percaya murid-murid SMK Jinjang bakal mencipta sejarah yang lebih ulung dan sekali gus menjadikan misi “ SMK Jinjang Institusi Bestari Menjelang 2012 ” setu kenyataan. Usaha itu perlu dilipatgandakan dan mereka perlu sentiasa berfikiran positf untuk cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

0 Comments:

© free template 3 columns